Thursday, March 10, 2016

ROTI ARAB

ASSALAMUALAIKUM....

RESEPI ROTI ARAB



Bahan-bahannya :
● 500 gm Tepung gandum 
● 40 gm Marjerin 
● 50 gm. Gula pasir 
● 10 gm Yis
● 1 biji. Telur
● 1 tsp. Double action baking powder
● 50 gm Susu pekat manis
● 6 gm. Garam
● 220 gm Air sejuk
Cara-caranya :
1. Campurkan semua bahan dan uli , jika guna tangan tak perlu sampai elastik .
2. Selepas uli , terus timbang 50 gm setiap satu dan bulat2kan . Celupkan dlm tepung sedikit sebelum letak dalam tray . Timbang sehingga habis doh .
2. Perap doh bulat dlm 30 minit . Selepas 30 minit , canai bulat leper . jgn terlalu nipis sbb nanti masa goreng dia tal mengelembung .
3. Canai leper hingga habis dan susun dlm tray. 8. Perap lagi sekali , dlm 15 minit Selepas 15 minit berlalu , panaskan minyak dan canai sekali lagi doh leper utk dptkan bulat yg lebih besar sedikit .
4. Bila minyak sudah panas , masukkan doh yg dah di canai sekali lagi tadi . Cara goreng siram2kan minyak di atas doh supaya roti mula gelembung .
5. Bila dah mengelembung balik2 kan dan goreng sampai garing . Boleh goreng sekali 3/4 biji sekali gus jika cepat .
6. Toskan roti di atas jaring utk toskan minyak Goreng hingga habis . Siap ... sedap di makan dengan kuah kari , masak asam dan sambal.
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment