Monday, March 7, 2016

AGAR AGAR PERMATA...

ASSALAMUALAIKUM...

Agar-agar Permata
Bahan-bahan:
Bahan A
1/2 cawan agar-agar tali
2 1/2 cawan air
gula secukupnya
dua helai daun pandan diikat
pewarna merah, hijau dan kuning
Cara memasak:
1. Rebus air bersama 2 1/2 cawan air hingga
hancur, masukkan juga daun pandan.
2. Setelah hancur, masukkan gula secukupnya.
Tunggu hingga mendidih dan padamkan api.
3. Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian.
Setiap bekas dimasukkan warna yang berlainan
iaitu hijau, kuning dan merah. Tunggu hingga
agar-agar keras.
4. Apabila keras, potong agar-agar berbentuk
dadu kecil-kecil. Masukkan agar-agar yang
dipotong ke dalam loyang. Langkah seterusnya
ialah dengan memasak bahagian B pula.
Bahan B
1 cawan agar-agar tali
5 cawan air
1/2 tin susu pekat
2 helai daun pandan diikat
gula secukupnya
Cara memasak:
1. Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga
hancur. Masukkan juga daun pandan agar
lebih wangi.
2. Setelah itu masukkan gula dan susu. Tunggu
sehingga mendidih. Tutup api dan tuangkan
agar-agar susu ke dalam bahan a iaitu agar-
agar yang dipotong dadu.
3. Tunggu hingga agar-agar keras. Jika ingin
agar-agar lebih cepat keras, masukkan ke
dalam peti sejuk.
4. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan di
hidangkan.
Likepage resepi bunda.

No comments:

Post a Comment