Wednesday, March 30, 2016

GULAI IKAN TONGKOL STAIL KELANTAN....

ASSALAMUALAIKUM....

Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan



Bahan bahan:
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)

Cara cara:
Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam seperti gambar di bawah. Kesemua bahan di atas di blend. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu.
Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.
Like page kek biskut raya fb.Show more rea

Monday, March 28, 2016

ASAM PEDAS IKAN MERAH...

ASSALAMUALAIKUM...

ASAM PEDAS IKAN MERAH
Ikan merah
Cili kering ( direbus dahulu)
Bawang merah
Bawang putih
Serai
halia
ketumbar
belacan
( kisar kesemua bahan2 di atas)
Bunga kantan
Daun kesum
Cili hijau besar @ kacang bendi ( ikut suka)
Tomato
Air asam jawa @ asam gelugur ( ikut suka)
Air (mengikut kepekatan kuah)
CARA- CARANYA
1. Tumis kesemua bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.
2. Masukan air, garam, gula dan perisa. Tunggu sehingga kuah mendidih kemudian masukan ikan dan air asam jawa.
3. Bila ikan agak- agak sudah setengah masak, baharulah masukan bunga kantan, daun kesum, tomato dan cili hijau. Tunggu sehingga ikan betul- betul masak kemudian tutup api.
4. Sedia untuk dihidang, selamat mencuba
By admin zaz

Saturday, March 26, 2016

KETAM MASAK CHILI...

ASSALAMUALAIKUM...

KETAM MASAK CILI

Resepi Ketam Masak Cili


BAHAN-BAHAN:
1kg ketam bunga
serbuk kunyit
garam
minyak untuk menggoreng

BAHAN A:
cili kering (rendam dan kisar)
bawang besar
bawang putih
1cm halia
1 tangkai serai

BAHAN B:
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA:
Gaulkan ketam dengan kunyit dan garam. Kemudian gorengkan ketam. Dengan mengunakan minyak yg sama (minyak mengoreng ketam), tumis bahan A hinga naik wangi. Masukan bahan B dan tumiskan sehingga pecah minyak. Masukan ketam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.

SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN.

Credit: cikgu azli

Thursday, March 24, 2016

KEK EPAL BLEND...

ASSALAMUALAIKUM...




Kek Epal Blend
Bahan-bahan:
2 biji epal hijau ( saiz kecil )
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum* }bahan * diayak bersama
1 sb baking powder*
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau epal
Cara-cara:
1)Cuci buah epal,potong dan buang bijinya.Potong lagi kecil2 bersama dengan kulitnya.
2)Masukkan dalam blender bersama minyak,gula, esen vanilla dan telur dan kisar hingga halus
3)Tuang bahan kisar tadi dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewarna dan kacau hingga rata
4) Hiaslah mengikut kreativiti anda
5)Kukus hingga masak

Monday, March 21, 2016

SUP DUMPLING RINGKAS...

ASSALAMUALAIKUM...



Bahan2nya
1 pkt kulit Dim Sum (bleh dpt di TESCO dkt Chiller Bhgn Mee dan Tofu )
Utk intinya
1 ketul dada ayam }
100 gm isi udang } dikisar halus
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt minyak bijan
!/2 batang lobak merah dikiub kecil
2 ulas bawang putih } di tumbuk @ cincang
1 cm halia }
2 sdt tepung jagung
1/4 sdt gula
garam halus secukup rasa
Bahan utk sup
2 ulas bawang putih }di cincang halus
1 sdt lada putih
2 - 3 cwn air
1 kiub ayam
100 gm bunga kobis
1/2 sdt minyak bijan
2 sdt minyak utk menumis
1 btg daun bawang } tabur atas sup sbgai hiasan
1 biji cili merah dihiris kecil }
Bawang goreng }

1 sdb tepung gandum } bancuh utk jadikan gam
1/2 sdb air }

Caranya
Campurkan semua bahan inti dan sebatikan.
Sekarang boleh lah mulakan 'mengintikan' di atas kulit dim sum tdi mengikut kreativiti anda
susun diatas dulang dan kukus lebih kurang 7-10 min
Cara utk sup
panas minyak..tumis bawang putih dan masukkan air, kiub ayam, serbuk lada putih..jika perlu boleh di tambah sedikit lagi garam. Bila didih masuk kobis bunga dan dumpling yang dikukus tadi serta minyak bijan.Hias dgn bwg goreng,daun bwg dan cili merah

Wednesday, March 16, 2016

ROTI JON SPESYEL...

ASSALAMUALAIKUM...




 
Bahan ni saya agak2 je tau...main campak2 x da sukatan....:

Roti john
Daging kisar*
Bwg besar*
Bwg putih*
Rempah kurma*
Rempah kari*
Secukup rasa maggie*
Serbuk lada hitam*
Daun sup*
Minyak*
Telur
Timun
Carrot
Sos cheezy
Sos cili
Mayonis
Semua bahan * td ditumis...kecuali telur saja...



Belah 2 roti john jgn smpai putus...panaskan pan letak roti td...bhn tumis td....amik 1 sudu besar nak lebih pun boleh ikut suka hati campur dgn 2 biji telur...utk 1 roti john yg panjang guna 2 biji telur ye..kacau bgi rata tuang atas roti td..

.

Pastu dah siap masak...sapu mayonis dgn sos cili



Tabur carrot dgn timun yg dah di sagat....
Amik lagi 1sudu besar campur 1 biji telur kacau sebati...tuang atas pan td...


Kemudian letak roti yg dah siap td atas telur dan balut roti tu...


MIX BERRIES CHEESCAKE BROWNIES...

ASSALAMUALAIKUM....

Mixed Berries Cheesecake Brownies


Bahan-bahannya:

200g dark choc,dipotong kecil
125g butter
1 cawan gula caster
3 telur
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung naik sendiri

Cheesecake topping:

500g cream cheese
1 cawan gula caster
4 sudu teh jus lemon
2 telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
4 sudu besar tepung naik sendiri
1 1/2 cawan campuran berries-saya gunakan frozen mixed berries

Untuk hidangan:
1/4 cawan gula aising

Cara-caranya:
Panaskan oven 180C dan griskan dulang pembakar brownies.
Cairkan dark choc dan butter,kemudian sejukkan sebentar.
Masukkan gula ke dlm adunan butter dan pukul rata.
Masukkan telur,esen vanilla dan tepung.
Kacau rata dan tuangkan ke dlm dulang pembakar.
Kemudian,untuk cream cheese topping:
Pukul cream cheese dan gula hingga sebati dan kembang.
Kemudian campurkan jus lemon,garam,esen vanilla dan telur.
Pukul lagi dan masukkan tepung.
Tuangkan ke atas adunan coklat tadi di dlm dulang pembakar.
Kemudian taburkan mixed berries.
Bakar di dlm oven selama lebih kurang 35-40minit.
Apabila masak,sejukkan sebentar dan taburkan dengan gula aising untuk menghidang

Monday, March 14, 2016

ROTI POKET DOREMON...

ASSALAMUALAIKUM...



Bahan2 :
* roti gardenia 10 kpg
* dada ayam 1 ketoi potong kecik2
* telor 2 bijik
* bawang Holland suku biji ptong dadu kecik
* timun belah 2 hirih nipih2
* salad sikit (carik2)
* lada sulah sikit
* sos tiram 2 sdb
* garam ikot sesedap rasa
* sos & mayonis utk letak mcm dlm gambaq

Cara2 :
* letak 2 keping roti tekup guna cawan
* gorg kmudian potong 2
* tumis bwg holland td sampi garing..guna minyak or butter sampi garing

* masok ayam tdi gorg letak sos tiram, lada sulah & garam sikit
* telor bt mcm scramble egg..gaul dgn mayonis sikit & lada sulah..katup api

* masok isi ayam dlu..kemudian salad..timun letak tepi2 poket roti..kemudian telor tdi..pastu letak salad smula..
* last letak sos & mayonis

*** sdp sgt smpi kdg2 xckup..ehehe ***

Thursday, March 10, 2016

ROTI ARAB

ASSALAMUALAIKUM....

RESEPI ROTI ARAB



Bahan-bahannya :
● 500 gm Tepung gandum 
● 40 gm Marjerin 
● 50 gm. Gula pasir 
● 10 gm Yis
● 1 biji. Telur
● 1 tsp. Double action baking powder
● 50 gm Susu pekat manis
● 6 gm. Garam
● 220 gm Air sejuk
Cara-caranya :
1. Campurkan semua bahan dan uli , jika guna tangan tak perlu sampai elastik .
2. Selepas uli , terus timbang 50 gm setiap satu dan bulat2kan . Celupkan dlm tepung sedikit sebelum letak dalam tray . Timbang sehingga habis doh .
2. Perap doh bulat dlm 30 minit . Selepas 30 minit , canai bulat leper . jgn terlalu nipis sbb nanti masa goreng dia tal mengelembung .
3. Canai leper hingga habis dan susun dlm tray. 8. Perap lagi sekali , dlm 15 minit Selepas 15 minit berlalu , panaskan minyak dan canai sekali lagi doh leper utk dptkan bulat yg lebih besar sedikit .
4. Bila minyak sudah panas , masukkan doh yg dah di canai sekali lagi tadi . Cara goreng siram2kan minyak di atas doh supaya roti mula gelembung .
5. Bila dah mengelembung balik2 kan dan goreng sampai garing . Boleh goreng sekali 3/4 biji sekali gus jika cepat .
6. Toskan roti di atas jaring utk toskan minyak Goreng hingga habis . Siap ... sedap di makan dengan kuah kari , masak asam dan sambal.
Selamat mencuba

Wednesday, March 9, 2016

SIEW MAI DIMSUM KUKUS...

ASSALAMUALAIKUM...

SIEW MAI DIM SUM KUKUS

Pastikan dim sum dikukus di dalam bekas kukusan dim sum.



SIEW MAI DIM SUM KUKUS

BAHAN-BAHAN:
15 keping kulit wantan kuning
100gm isi ayam -dikisar
5gm biji sago merah
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


CARA MEMASAK:

1 Gaulkan isi ayam bersama serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa hingga sebati.
2 Kemudian rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama satu jam.
3 Setelah itu, isikan adunan tadi ke dalam kulit wantan dan kemaskan di sisinya.
4 Letakkan biji sago merah di atasnya dan kukus selama 10 minit.

Monday, March 7, 2016

AGAR AGAR PERMATA...

ASSALAMUALAIKUM...

Agar-agar Permata
Bahan-bahan:
Bahan A
1/2 cawan agar-agar tali
2 1/2 cawan air
gula secukupnya
dua helai daun pandan diikat
pewarna merah, hijau dan kuning
Cara memasak:
1. Rebus air bersama 2 1/2 cawan air hingga
hancur, masukkan juga daun pandan.
2. Setelah hancur, masukkan gula secukupnya.
Tunggu hingga mendidih dan padamkan api.
3. Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian.
Setiap bekas dimasukkan warna yang berlainan
iaitu hijau, kuning dan merah. Tunggu hingga
agar-agar keras.
4. Apabila keras, potong agar-agar berbentuk
dadu kecil-kecil. Masukkan agar-agar yang
dipotong ke dalam loyang. Langkah seterusnya
ialah dengan memasak bahagian B pula.
Bahan B
1 cawan agar-agar tali
5 cawan air
1/2 tin susu pekat
2 helai daun pandan diikat
gula secukupnya
Cara memasak:
1. Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga
hancur. Masukkan juga daun pandan agar
lebih wangi.
2. Setelah itu masukkan gula dan susu. Tunggu
sehingga mendidih. Tutup api dan tuangkan
agar-agar susu ke dalam bahan a iaitu agar-
agar yang dipotong dadu.
3. Tunggu hingga agar-agar keras. Jika ingin
agar-agar lebih cepat keras, masukkan ke
dalam peti sejuk.
4. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan di
hidangkan.
Likepage resepi bunda.

Friday, March 4, 2016

MEE SOTO..

ASSALAMUALAIKUM...

RESEPI MEE SOTO
================

Bahan-bahan:

500gm mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
100 gm/50 sen taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 kuib ayam dan 1 sup punjut adabi

Bahan kisar:

3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia

Bahan sampingan:

secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi:

25 biji cili padi merah/cili api
4 ulas bawang putih
125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara:

1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak ..lepas tu meletup tau..cepat-cepat tutup dengan penutup periuk dan padam api.
2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara Membuat Kuah Soto:

1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.
3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Cara Menghidangkan Mee Soto:

Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

BAGEDIL (PEGEDIL)

Bahan-bahannya:

1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji putih telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, dan garam.
3. Gaul hingga rata dan sebati.
4. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn putih telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

Like page resepi nasi dan lauk.

Thursday, March 3, 2016

KUIH BAKAR

ASSALAMUALAIKUM...
 
KUIH BAKAR DAGING

Bahan kuih bakar:
.
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (boleh ganti dengan susu cair/susu rendah lemak)
3 biji telur gred A
180 ml air
sedikit garam
minyak sapi secukupnya (boleh ganti dengan mentega/marjerin)
beberapa titik pewarna kuning
hirisan daun bawang, untuk hiasan
cili merah didadu kecil, untuk hiasan
sos cili sebagai pencicah
.
Bahan inti:
.
150 gm daging kisar
1 sdb rempah kari daging
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit air
hirisan daun sup secukupnya
sedikit hirisan cili merah
garam dan gula secukup rasa
.
Cara inti daging:
.
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
2. Tuang sedikit air dan masak hingga rempah kari garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar hingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
3. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Gaul rata dan matikan api. Sejukkan.
.
Cara adunan kuih bakar:
.
1. Satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung. Kacau lagi hingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan pewarna kuning dan sedikit sahaja garam. Tapis dan ketepikan.
.
Cara buat kuih bakar:
.
1. Panaskan acuan atas dapur, guna api yang sederhana. Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 sudu besar). Kemudian ratakan. Tuang adunan kuih bakar 3/4 penuh dan masak dengan api kecil hingga bahagian tepi nampak garing.

2. Masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata-rata. Tutup permukaan acuan sekejap.

3. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180C, guna api atas sahaja. Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam oven.

4. Terus membakar hingga permukaan kuih perang keemasan. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi.

5. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan
Page Liked · 19 hrs · Edited 
 
KUIH BAKAR DAGING

Bahan kuih bakar:
.
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (boleh ganti dengan susu cair/susu rendah lemak)
3 biji telur gred A
180 ml air
sedikit garam
minyak sapi secukupnya (boleh ganti dengan mentega/marjerin)
beberapa titik pewarna kuning
hirisan daun bawang, untuk hiasan
cili merah didadu kecil, untuk hiasan
sos cili sebagai pencicah
.
Bahan inti:
.
150 gm daging kisar
1 sdb rempah kari daging
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit air
hirisan daun sup secukupnya
sedikit hirisan cili merah
garam dan gula secukup rasa
.
Cara inti daging:
.
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
2. Tuang sedikit air dan masak hingga rempah kari garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar hingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
3. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Gaul rata dan matikan api. Sejukkan.
.
Cara adunan kuih bakar:
.
1. Satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung. Kacau lagi hingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan pewarna kuning dan sedikit sahaja garam. Tapis dan ketepikan.
.
Cara buat kuih bakar:
.
1. Panaskan acuan atas dapur, guna api yang sederhana. Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 sudu besar). Kemudian ratakan. Tuang adunan kuih bakar 3/4 penuh dan masak dengan api kecil hingga bahagian tepi nampak garing.

2. Masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata-rata. Tutup permukaan acuan sekejap.

3. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180C, guna api atas sahaja. Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam oven.

4. Terus membakar hingga permukaan kuih perang keemasan. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi.

5. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan

Like
    Cara adunan kuih bakar:
    .
    1. Satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung. Kacau lagi hingga tidak berbintil-bintil.
    2. Masukkan pewarna kuning dan sedikit sahaja garam. Tapis dan ketepikan.
    .
    Cara buat kuih bakar:
    .
    1. Panaskan acuan atas dapur, guna api yang sederhana. Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 sudu besar). Kemudian ratakan. Tuang adunan kuih bakar 3/4 penuh dan masak dengan api kecil hingga bahagian tepi nampak garing.

    2. Masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata-rata. Tutup permukaan acuan sekejap.

    3. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180C, guna api atas sahaja. Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam oven.

    4. Terus membakar hingga permukaan kuih perang keemasan. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi.

    5. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan
    Write a comment...

Wednesday, March 2, 2016

CORROQUETTE

ASSALAMUALAIKUM...

Coroquette
Bahan-bahan :
3-4 biji kentang
seledri atau daun bawang yang dipotong halus
1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
v150 gram ayam atau daging cincang
serbuk roti
cheese
2 biji telur yang dipukul
garam
lada sulah
minyak untuk menggoreng

Cara masakan :
01.Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk
02.Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.
03.Panaskan minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau seledri, garam dan lada sulah secukup rasa
04.Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang . Tambahkan cheese mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.
05.Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur
06.Gaulkan dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan akhir sekali dengan serbuk roti.
07.Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.
08.Siap untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos.