Thursday, June 1, 2017

CHEESE MUFFIN

ASSALAMUALAIKUM....

Follow · May 21Edited 
 
Resepi Cheese Muffin

Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
Bahan Basah :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak
1/2 cawan cheddar cheese - diparut

Cara-cara :
Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.
Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak. Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.Tak perlu hingga kembang.
Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata.
Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.
Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.

NOTA : Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja. Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 - 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven. Insya'Allah si muffin akan menjulang dengan cantiknya.

Image may contain: food

DESERT BUAHAN

ASSALAMUALAIKUM...

Image may contain: fruit, dessert and food

DESERT BUAH-BUAHAN

BAHAN BAHAN

250 gm whipping anchor UHT
50 gm non dairy whipping cream ~ pilihan
1/4 cawan susu pekat
1 bekas kecil yogurt ~ plain @ ape2 perisa
2 tbsp susu cair
1 tbsp gelatin ~ dibancuh dengan air panas secukupnye hingga gelatin hancur dan halus
Biskut chipsmore secukupnye ~ lebih kurang 12 keping ~ di ramas kasar
Biskut oreo hitam secukupnye ~ lebih kurang 12 keping ~ di ramas kasar
almonds nibs secukupnye ~ di panggang
Filling oren @ ape2 filling yang di sukai ~ filling oren antara filiing yang kurang manis tauuu
Buah buah segar seperti kiwi, mangga, strawberry ( DI POTONG KECIL ) @ buah dalam tin

CARA CARA:

Putar susu dan yogurt sebentar
Masukkan susu cair, whipping dan putar sehingga adunan menjadi kental dan berkrim ( lebih kurang 2 minit gitu )

Masukkan gelatin dan kacau perlahan sahaja.

Masukkan adunan dalam plastik piping untuk proses melapis desert buah buahan .

CARA MELAPIS ( boleh gunakan ape apa bekas yang di sukai ye )
LETAK ADUNAN YOGURT CAPURAN
LETAK BISKUT HANCUR
LETAK ALMOND NIBS
LETAK ADUNAN YOGURT CAMPURAN
LETAK FILLING
LETAK BUAH BUAHAN
ULANG MELAPIS JIKE MENGGUNKAN BEKAS YANG TINGGI.

* sejukkan dalam petisejuk untuk menikmati rasa desert buah buahan yang lebih sedap.

KEK PISANG DENGAN KRIM CHEESE,,,

ASSALAMUALAIKUM...

KEK PISANG DENGAN KRIM CHEESE

Image may contain: food
Resepi Kek Pisang dengan Cream Cheese

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan pisang di haluskan
2 teaspoons lemon juice
3 cawan tepung gandum
1 1/2 teaspoons baking soda
1/4 teaspoon garam
3/4 cawan butter di lembutkan suhu bilik
1 1/4 cawan gula castor
3 telur gred A
2 teaspoons vanilla
1 1/2 cups buttermilk ( 1 1/2 cup milk + 1 1/2 tablespoon cuka/lemon juice)

Frosting

1/2 cawan butter di lembutkan.
250 gram cream chesse
1 teaspoon vanilla
2 cawan gula icing
Walnut di cincang. – untuk hiasan

Cara:

Acuan 9×9
Lenyekkan pisang. ketepikan
Campurkan tepung gandum, baking soda, garam dan ayak.
Pukul butter dengan gula sehingga sebati dan gebu.
Masukkan telur sebiji2 sehingga adunan sebati.
Letakkan vanila.
Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk.
Akhir sekali masukkan pisang dan gaul rata.
Bakar sehingga masak.
Apabila sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan
sekurang2nya 1 jam sebelum di sapu krim.

Cara buat krim:

Lembutkan cream chesse dan butter.
Pukul sehingga sebati.
Masukkan gula dan esen vanila. Mesin sehingga nampak lembut dan gebu