Sunday, February 28, 2016

KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG, KERABU TAUGEH, KERABU SELOM...

ASSALAMUALAIKUM...

KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG

Bahan-bahan:

- Pucuk Paku (di celur)
- Kacang botol, kacang panjang (tak perlu di celur)
- Kerang (di rebus)
- Cili api, belacan & kelapa (di sangan)

Cara:

- Gaul semuanya




KERABU DAUN SELOM

Bahan-bahan:

1 ikat daun selom - dipotong
5 biji bawang merah kecil - dipotong halus
1 cawan santan )
1/2 cawan kelapa parut )
3 biji cili besar ) di kisar kasar
1/2 belacan )
1/2 sudu kecil garam )

Cara:

Gaul semua bahan yang telah di kisar dengan daun selom. Rasa and make sure cukup masinnye. Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi..



KERABU TAUGEH KERANG

Bahan-bahannya :
● 250gm taugeh- celur dan toskan
● 500gm isi kerang
● kacang kelisa/botol - dihilris
● sedikit belacan-tumbuk
● 2biji cili merah-tumbuk
● 10biji cili padi- boleh tambahkn @kurangkan-tumbuk
● 2biji limau nipis
● garam dan gula secukup rasa
● 1 biji bawang besar- hiris
● 2sb kerisik
● 2 batang serai-hiris halus
● 2 batang bunga kantan- hiris halus

Cara membuatnya :
1. Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan2 hiris dan bahan2 tumbuk dalam mangkuk. gaul hingga sebati.

2. perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. gaul sebati

3. Siap dan bolehlah dihidangkan


like page resepi kek dan biskut.

Saturday, February 27, 2016

WAJIK SIRAT...

ASSALAMUALAIKUM...

WAJIK SIRAT
Bahan-bahan:
500 gm beras pulut - goreng tanpa minyak, sejukkan & kisar halus
600 ml santan
500 gm gula merah
Cara-cara menyediakannya:
1. Masakkan santan sehingga pecah minyak, masukkan gula. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga gula hancur.
2. Biarkan sehingga pekat, kemudian masukkan pulut dan biarkan sehingga adunan kental.

LIKE PAGE RESEPI BUNDA.

KEK TIRAMISU...

ASSALAMUALAIKUM...

Resepi Kek Tiramisu



Bahan-bahan :

200g cream cheese (boleh didapati di pasaraya)
200g whipping cream
½ cawan gula halus
1 pek besar biskut / kek span (dicelup ke dalam air kopi)
1 paket 3 in 1 nescafe or milo (utk hiasan)

Cara-caranya:

1.Pukul whipping cream di dalam mangkuk adunan dengan hand mixer sampai gebu.

2.Masukkan cream cheese & gula halus. Pukul sampai adunan itu segebu mungkin. Ketepikan.

3.Untuk lapisan pertama, susunkan kek/biskut yg telah dicelup kopi ke dalam bekas kek. Untuk lapisan kedua, masukkan sedikit adunan krim tadi. Ulang langkah ini sehingga adunan habis.

4.Hiaskan tiramisu dengan menabur 3 in 1 nescafe/milo di lapisan paling atas.

5.Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4-5 jam ataupun semalaman. Sedia untuk dihidang

Friday, February 26, 2016

LAKSA SERAWAK...

ASSALAMUALAIKUM...

LAKSA SARAWAK
===============

Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak

bahan-bahan : 6-8 orang makan
200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering

bahan-bahan :
6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.


KUEYTEOW LADNA...

ASSALAMUALAIKUM...

Resepi Kueyteow Ladna
====================

Bahan-bahan

1) 2 bungkus kuey teow
2) 5 ulas bawang putih - diketuk
3) 1 inci halia - dihiris
4) 4-5 biji cili padi - dihiris
5) 3-4 ekor sotong - potong
6) 16-20 ekor udang
7) 10 biji fishball - dibelah dadu
8) 1 batang fishcake - potong nipis
9) 4 sudu besar sos tiram
10) 6-8 helai daun limau purut
11) 5 biji limau purut (perahan air sahaja)
12) 1 batang lobak
13) Sayuran campur (baby corn, bunga kobis)
14) 1 biji tomato
15) Sawi
16) Segelas air + 2 sudu besar tepung jagung (larutkan)
17) 6-8 cawan air
18) Kicap cair
19) Kicap pekat
20) Minyak
21) Garam
22) Gula

Cara Memasak

(A) Membuat Kuah

1) Tumis bawang putih, halia dan cili padi bersama sedikit minyak.
2) Masukkan air dan sos tiram. Biarkan 5 minit di atas api besar.
3) Masukkan fishball dan fiskcake
4) Masukkan sayur yang keras dan biarkan untuk 5 minit.
5) Masukkan sayur yang lembut (sawi, tomato), sotong dan udang. Api sederhana besar.
6) Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
7) Masukkan daun limau purut dan perahan limau.Nak masam lagi tambah limau lagi.
8) Masukkan campuran air tepung jagung sehingga kepekatan kuah memuaskan hati.

(B) Memasak Kueyteow

1) Gaulkan kueyteow dengan sesudu kicap pekat + 2 sudu kicap cair.
2) Goreng bersama suku cawan minyak untuk 5 minit.
3) Angkat dan hidang bersama kuah.

copy:resepi masakan melayu


DONUT BALL...

ASSALAMUALAIKUM....

DONUT BALL

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1/2 pack mauripan
1 sudu makan susu pekat
2 sudu makan marjerin
Sedikit air
Gula halus - untuk menyadur
Minyak - untuk menggoreng
Sedikit garam
Lidi
Cara:
1. Satukan tepung, susu, marjerin dan muripan tadi
2. Uli dengan air, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi cantik dan lembut. Sekiranya doh tak menjadi tambah marjerin sedikit dan uli lagi sehingga nampak cantik.
3. Bulat-bulatkan doh menjadi ball anggaran 10gm dan letak diatas dulang yang telah disapukan dengan minyak supaya tidak melekat sementara menunggu doh naik.
4. Biarkan doh dalam 10 minit atau nampak kembang dan goreng.
6. Gaulkan donut yang telah digoreng dengan gula.
7. Cucuk dengan lidi, dah siap untuk dimakan, selamat mencuba.

Thursday, February 25, 2016

ROTI NAN CHEESE...

ASSALAMUALAIKUM....

ROTI NAN CHEESE ( cara saya)simple
Sumber resepi : Kamariah Maria
Bahan2..
1kilo tepung gndum
½cawan plnta
½cawan gula
2½cawan air
1 sdb mauripan
Cheese keping
Cara2:-
Masukn gula dalm air kacau..
Masukn tepung,planta,mauripan dlm bekas gaul sampai sebati...pastu tuang air +gula kedlm tepung sikit2 dn uli sampai tepung x melekat tpi jagn keras bncuhan....tutup ngn kain basah dn perap dlm ½jam.
Bila bncuhan dh naik tumbuk2 kn tepung tu..pastu uli bulat2 besar dn masukn chese kdlm tepung kn cnaikn leper....biar dlm 15 minit pastu msak dlm kuali pan dgn api perlahan...tutup kuali dgn penutup dn bila dah npak masak sapukn ngn majerin...tu mmbuat roti jdi sedap bau nye...potong dn boleh mkn cicah nn kari dal atau trpulng nk cicah ape aje ...

.



Aneka Resepi Kuih Muih's photo.