Sunday, April 16, 2017

BIHUN SUP UTARA...

ASSALAMUALAIKUM...


Image may contain: food
Page Liked · April 9 
 
Bihun Sup Utara

Bahan2 utk sup
Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)
Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar ~ MaDiHaA guna kasar2 mcm tu jer sbb takde grinder yg sesuai) 
2 ~ 3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih
(sukatan tu aku main agak2 jer)

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar (dulu MaDiHaA titik tp kali ni dikisar sbb gearbox tu byk lomak)
2 batang serai - dititik
1 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes
1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
1/2 kg tulang
1/2 kg perut (jika suka) ~ MaDiHaA tak letak tapi masuk tulang lebih
air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
garam & serbuk perasa
serbuk lada hitam secukupnya

Cara2 Membuatnya~ MaDiHaA tak tumis.. daging & tulang tu dah cukup berlemak dah..

1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit (MaDiHaA tak tutup pun periuk... biar gitu jer.. hehe) Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan ) 

UDANG GORENG BEREMPAH...

ASSALAMUALAIKUM...
Image may contain: food


RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
Udang harimau (500g) ATAU lain2 udang....
Bawang merah (4 ulas)
Bawang putih (2 ulas)
Bawang besar dicincang (1 biji)
Serai dipotong nipis (1/2 batang)
Daun kari (1 tangkai)
Ketumbar (1 sudu)
Serbuk cili (1 sudu)
Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
Serbuk kunyit (1/2 sudu)
Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
Gula (sikit je kalau perlu)
Garam (secukup rasa)

Cara:
1- Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih.
2- Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
3- Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.
4- Goreng daun kari hingga naik bau.
5- Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.
6- Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.
.

CINNAMON ROLL

ASSALAMUALAIKUM...


Image may contain: food
Bahan2 ;
1 cawan susu segar
1/4 cawan majerin
4 cawan tepung 
1 paket yis
1/4 cawan gula halus
Sedikit garam
1 biji telur

Bahan filling ;
1 cawan gula perang
1 sb serbuk cinnamon
1/2 cawan majerin

Cara-cara :
~ susu dipanaskan sehingga timbul bubbles kemudian masukkan majerin dan ketepikan. 
~ satukan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata dan letakka telur serta bancuhan susu td. ( sekiranya adunan masih lembik . . Tambahkan tepung sehingga aduanan mjd doh )
~ Tutup doh td dgn kain lembab selama 10 mnt.
~ sementara itu, satukan gula perang , serbuk cinnamon dan majerin.
~ uli doh td mjd bentuk 4 segi . . Kemudian sapukan filling ke atasnya.
~ gulung dan potong mgikut ukuran yg sama.
~ susun ddlm loyang yg tlh disapu majerin. Tggu sehingga doh kembang lbh kurang 1 jam..
~ bakar didlm oven pd suhu 180c selama 20 mnt . .
~ masa dihidang .. bolehlah letak susu pekat yg ditambah air sedikit .. sebagai penambah perasa .. 

Slmt mcuba . ..

SUMBER : Fie

ROTI PANDAN KUKUS...

ASSALAMUALAIKUM..

Image may contain: food

ROTI PANDAN KUKUS
Bahan-bahan :
Bahan-bahan (loyang 8 x 4 inci)
10 keping roti putih
1/2 cawan gula pasir*
3 biji telur*
200ml santan pekat di campur air menjadi 2 cawan santan*
7 helai daun pandan di kisar bersama 1 cawan air* - di tapis, atau 2 sudu kecil pes pandan di campur 1 cawan air
Sedikit buah kering campuran (saya tambah)
Cara-cara
1. Loyang di sapu majerin sekeliling. Satukan bahan-bahan bertanda* di dalam mangkuk. Kacau sebati.
2. Celupkan roti sekeping-sekeping dan susun di dalam loyang yang telah di sediakan hingga roti habis.
3. Tuang lebihan campuran santan di atas roti hingga rata. Perapkan seketika sementara memanaskan kukusan. Tabur buah campuran ke atas roti sebelum di kukus.
4. kukus selama 1/2 jam atau sehingga kelihatan permukaan puding kering.
5. Biarkan puding sejuk di dalam loyang, potong dan bolehlah di hidangkan.
Selamat Mencuba!:)

KUIH SAGU

ASSALAMUALAIKUM...

RESEPI KUIH SAGU
bahan bahan :
: 2 cawan sagu
: 5 cawan air
: 1/2 cawan gula pasir
: pewarna merah ( pati sirap ros)
: daun pandan
: kelapa parut
Cara penyediaan :
1• bersihkan sagu dan toskan airnya
2• masak air bersama gula , pati sirap ros dan daun pandan sehingga mendidih
3• apabila mendidih , masukkan sagu dan kacau
4• setelah menjadi pekat dan jernih , kacau selama 2 hingga 5 minit
6• letak dalam loyan atau acuan ( mcm sy bt ni sng sikit tak pyah potong dah ) dan kukus selama 10 minit ( kukus sampai tak nampak putih2 sagu tu)
7• biarkan sagu sejuk dan lepas tu boleh la gaul dengan kelapa

Image may contain: plant and food


MASAK TELUR CARA MUDAH...

ASSALLAMUALAIKUM...
Image may contain: food


[ Resipi / Makanan ] 4 Resipi Mudah Masakan Telur Hanya Guna Microwave
Telur Hancur ( Scrambled Eggs )
1. 2 biji telur
2. Susu segar ( setengah cawan )
3. Keju ( jika mahu )
4. Garam, lada sulah jika perlu
Cara- cara
Masukkan 2 biji telur dan susu segar di dalam cawan dan pukul rata. Kemudian masukkan ke dalam microwave oven selama 45 saat hingga 1 minit pada mode HIGH ( TINGGI ). Hidangkan!
Poached Eggs ( Telur mata rebus )
1. 1 biji telur
2. 1/2 cawan air
3. Satu sudu cuka ( jika mahu )
Cara-cara
1. Masukkan air kedalam cawan yang berisi telur. Tambahkan cuka jika mahu
2. Tutup cawan tadi dengan piring Microwave-safe dan masukkan ke dalam microwave selama 1 minit. Jika telur kurang masak, tambahkan lagi masa kepada 20-30 saat. Hidangkan.
Egg Quiche
1. 1 biji telur
2. 2 sudu susu segar
3. Garam, lada sulah
4. Roti bagel/ french bread/ roti keras
5. 2-3 sudu cream cheese
6. Hirisan daging ayam/lembu ( chicken ham )
7. Mustard ( jika mahu )
Cara-cara
1. Pukul telur bersama susu di dalam cawan dan tambah garam/lada sulah. Carikkan roti menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam bancuhan tadi bersama cream cheese dan gaul. Tambahkan hirisan daging ayam ( chicken ham ) dan tambahkan daun sup jika mahu.
2. Masukkan ke dalam microwave selama 1 minit ataupun tambah masa jika anda suka. Hidangkan
Omelette
1. 4 biji telur
2. 1/4 cawan susu
3. Garam, lada sulah
4. Bahan yang ingin dimasukkan ke dalam omelette seperti bawang, kentang, mushroom, cili, cheese ( semua dihiris nipis )
Cara-cara
1. Campurkan telur, susu, keju, garam dan lada dalam mangkuk. Tambah bawang, kentang, tomato, lada dan cendawan.
2. Tuangkan campuran ke dalam bekas pai ataupun piring (nota: mestilah bukan logam) dan tutup dengan pinggan atau piring microwave safe.
3. Masukkan ke dalam mikrowave HIGH selama 90 saat, kemudian kacau dan tutup. Masak lagi selama 90 saat dan tutup. Kemudian buka penutup dan masak lagi selama 1 minit.