Saturday, December 10, 2016

CONGGO BAR

ASSALAMUALAIKUM....

CONGGO BAR

Mula2 sediakan 150gram butter....dan 240gram gula perang(kurangkan kalo xsuka manis)..kacau pakai whisk...




Masukkan 3 biji telur gred A..gaul lagi


Masukkan esen vanila

Page Liked · December 8Edited 
 
Pastu masukkan 2+3/4 cawan tepung gandum, 2+1/2 sudu teh baking powder,1/2 sudu teh garam halus, dan 1 cawan coklat chip...gaul sebati dan masukkan dalam loyang 10x10 beralas baking paper



Page Liked · December 8 
 
Jadi camni..tabur atas tu coklat chip lagi..kalo nak...


Bakar guna api atas bawah..pada suhu 160@170 selama 40 minit...(ikut oven masing2)..panaskan oven selama 15-20minit sebelum tu.




Siap...

Thursday, November 24, 2016

ROTI CANAI...

ASSALAMUALAIKUM...



Mula2 sediakan 1 kilo tepung gandum(saya guna cap sauh) dan 1 biji telur gred A

Masukkan 3 sudu Planta...penuh2...Masukkan 2-3 sudu susu pekat....kalau lebih lagi lembut...Masukkan 1/2 cawan minyak yang dipanaskan dengan secubit garam..

Masukkan 300ml+- air biasa....masukkan sedikit demi sedikit..sebab setiap tepung berbeza...ada guna air sikit..ade banyak...
Uli sampai sedikit licin...dan tak melekat ditangan
..

Bulat2kan..ikut la nak besar mana...saya dapat dalam 30 biji lebih kurang...sebab saya buat kecik je...sapu dengan Planta...bagi salut semua sekali

Masukkan dalam bekas...dan masukkan minyak..sampai semua aduanan kena minyak..tutup da biarkan...selama 5-8jam...sebaiknya..buat malam..esok pagi tu dah boleh masak....dan makan...heheh
Saya tak reti tebar roti canai.Jadi saya guna belakang mangkuk ayan dan tarik perlahan2 roti tadi...
S
Siap untuk dibakar dalam kuali yang disapu sedikit minyak.

Saturday, October 22, 2016

ROTI PURI

ASSALAMUALAIKUM....

Bhn2
21/2 cwn tpung gndum
2 sdb susu tpung
1 sdb gula
1 sdk yis
5 sdb mnyk msak
Ait seckupnya utk mengguli
Cara.....
Satukn tpung,susu tpung,gula,yis n mnyk dlm bkas bsar gaul smua bg sebati kmdn msukkn air sdkit2 n uli smpai xlekat kt tngan.perap doh hngga menggembang....kmdn tmbuk doh bg kluarkn angin.pastu bulat2kn doh n canai nipis.pnaskn n goreng hngga msak.pastikkn mnyk btul2 pnas....






Saturday, October 8, 2016

KEK COKLAT MOIST

ASSALAMUALAIKUM...

Bahan A
300gram tepung gandum
100gram serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
Bahan B
3 biji telur gred A
400gram gula caster
1 sudu teh esen vanila
Bahan C
250 gram minyak jagung@masak
250 ml susu cair
Bahan D
250ml air panas

Mula2 sediakan 3 biji telur gred A, 400gram gula caster dan 1 sudu teh esen vanila...putar sampai sebati..guna mixer...
Masukkan 250gram minyak dan 250gram susu cair...putar lagi sampai sebati...

Ayakkan 300gram tepung gandum,100gram serbuk koko,1 sudu teh soda bicarbonate,1 sudu teh baking powder....guna spatula...masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi...guna kaedah kaup balik

Akhir sekali masukkan 250 ml air panas..

Alaskan loyang dengan baking paper...kalo x silap saya..loyang saya ni 10x10..hahha..yang pasti guna loyang besar la ye...


Bakar pada suhu 170 selama 1 jam 15 minit...buat 1 jam dahulu....(check guna lidi...kalau tak masak lagi...tambah 15 minit lagi....)sampai masak..ikut oven masing2...jangan lupa PANASKAN OVEN SEBELUM TU..saya panaskan 20 minit...huhu



Saturday, September 24, 2016

PENGAT LABU DAN KELEDEK...

ASSALAMUALAIKUM....

PENGAT LABU DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN :
Ubi keledek
Labu secukupnya
Gula kabong secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Sedikit sago biji
Secubit garam
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK :
Bersih ubi keledek serta labu dan potong menjadi ketulan kecil kemudian simpulkan daun pandan.
Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , secubit garam , keledek serta labu . Bila kuah dah mendidih masukkan biji sago dan sekali sekala kacau kuah supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi .
Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau bubur dan bila ubi/labu dah empuk serta masak boleh la ditutup api dapur .
Sumber:resepisedap-nennie.blogspot.my

AYAM GORENG KOREA

ASSALAMUALAIKUM...

Ayam Goreng Korea / Korean Fried Chicken
Bahan-bahan
8 ketul paha ayam atau bahagian lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bicarbonate
1 biji telur
Minyak untuk mengoreng
Cara Penyediaan :
1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk lada hitam hingga rata. Ketepikan.
2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan soda bikabonat. Ketepikan.
3. Telur di pukul. Ketepikan.
4. Salutkan ayam satu persatu ke dalam campuran tepung dan celup ke dalam adunan telur hingga habis.
5. Salut ayam sekali lagi ke dalam campuran tepung hingga bersalut rata. Kemudian goreng hingga keperangan. Tos dan ketepikan.
Sos
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar madu
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Bijan secukupnya - di sangai
Cara-cara :
Tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar hingga garing. Masukkan sos tomato, sos cili, madu, gula dan garam, gaul rata.
Masukkan ayam yang di goreng tadi dan gaul bersama sos hingga bersalut rata.
Masukkan ke dalam pingan dan tabur dengan bijan.
Sumber: resipicitarasawan.blogspot.my

Saturday, August 13, 2016

KETUPAT SOTONG

ASSALAMUALAIKUM...

KETUPAT SOTONG SIMPLE..

8 Ekor sotong sederhana besar
4 @ 5 helai daun pandan
secawan beras pulut
3 cawan santan
2 keping gula melaka(masak dgn sedikit air)
sedikit halba
sedikit halia
sedikit garam
cara membuatnya
1. rendamkan berasa pulut dengan secawan santan dulu selama 1/2 jam atau lebih
2. kemudian basuh sotong bersih-bersih dan toskan.
3. lepas tu, isikan beras pulut dlm sotong, isi separuh sahaja dan cucuk dengan lidi agar kepala sotong tidak terkeluar.
4. susun cantik2 dlm periuk, masukkan daun pandan yang dicarik2 tadi, halba, halia, garam dan 2 cawan santan dulu. Didihkan dalam 10 hingga 15 minit, kemudian masukkan gula melaka yang di cairkan td dan secawan lg santan. Didihkan sehingga sedikit kering dan angkat.
5. Ketupat sotong sudah masak.. siap utk di makan


Thursday, May 26, 2016

IKAN SEMILANG BERLADA...

ASSALAMUALAIKUM...

RESEPI IKAN SEMBILANG BERLADA
Bahan-bahannya :
● 3 ~ 4 ekor ikan sembilang
● 10 biji cili merah - dikisar
● 2 batang serai - dititik
● 1 ulas bawang besar - dimayang kasar
● 2 ulas bawang putih - ditumbuk
● 1 inci halia - ditumbuk
● air limau kasturi
● sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya :
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.

Friday, May 20, 2016

PUDING KACANG MERAH...

ASSALAMUALAIKUM...



PUDING KACANG MERAH
.
BAHAN-BAHAN:
1 cwn Kacang Merah
1 packet / 13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
240g Gula
1 tin Susu Cair/Santan
1 sb Tpg Jagung
1 heai Daun Pandan
Sediki Pewarna Merah Jambu
secubit garam

CARA PENYEDIAAN:
Rebus kacang sehingga empuk.
Ambil 1/2 cwn & ratakan ke dlm acuan.
Blend baki kacang dgn susu, tpg jagung & pewarna sehingga sebati.
Letakkan serbuk agar-agar, air, gula & daun pandan ke dlm periuk & masak sehingga hancur.
Sendukkan +/- 1/2 cwn & tuangkan ke atas kcg merah dlm acuan tadi.
Masukkan campuran kcg merah yg di mesin tadi ke dlm agar2 & masak sehingga mendidih.
Biarkan lapisan kcg merah tadi mengeras sedikit sebelum di tuangkan masakan agar2.
Biar agar2 sejuk di suhu bilik sebelum di masukkan ke dlm peti sejuk.
Hidangkan sejuk... Selamat Mencuba
.

AGAR-AGAR BUAH MANGGA

ASSALAMUALAIKUM..



AGAR-AGAR BUAH MANGGA

Bahan-Bahannya:
10 gm serbuk agar-agar
5 biji buah mangga - dihiris nipis
1 cawan susu cair
500 ml air
200 gm gula

Cara Membuatnya:
1- Kisar mangga hingga hancur,masukkan gula,serbuk agar2 dan air kedalam periuk.
2- Masak hingga gula hancur,masukkan mangga dan susu cair,kacau sebati diatas api perlahan.
3- Apabila masak dan pekat,sepera masukkan kedalam bekas acuan.
4- Sejukkan didalam peti ais sebelum dihidangkan.

AISKRIM OREO HOMEMADE

ASSALAMUALAIKUM..


Ais Krim Oreo Homemede....Qaseh Honey(kongsi resepi sedap)

3 cwn susu segar / susu cair ( sy guna susu full cream )
1 tin susu pekat manis ( sy guna 3/4 tin jer )
2 sudu besar ovelet
2 sudu besar esen vanila
1 paket biskut oreo

Blend semua sekali sampai gebu dalam 10 minit
hancurkan biskut...masuk kan dalam adunan dan taburkan kt atas bikut tu sedikit
Letak dalam pti ais sampai beku..
dah siappp...
senang jer

Friday, May 13, 2016

BISKUT CORNFLAKE BADAM...

ASSALAMUALAIKUM...



Biskut Cornflakes Badam Ranggup..

BAHAN

1 3/4cwn gandum
1/4 cwn tepung jagung
3/4 sdt baking powder
2 1/2 cwn cornflakes...(belum diramas)
3 sdb badam hancur....sangrai dulu dlm pan...atau bakar jap dlm oven dalam 5min...sambil2 pnskan oven tu
- 150g marjerin/butter
- 3/4cwn gula kastor
- 1 biji kuning telur
- 1/2cwn cornflakes...ramas ngan tangan...( ni utk digolek biskut sblm bakar)

CARANYA

- cornflakes ramas ngan tgn...(sy lenyek ngan lesung batu....sakit tgn kalo ramas ngan tgn...hihi)

- ayak tepung gandum, tepung jagung & baking powder

- pukul marjerin & gula hingga putih...(sy guna whisk)

- masukkan kuning telur...pukul lagi sebati

- masukkan tepung, badam, & cornflakes...gaul sebati...adunan agak lembik....

- bulat2 kan...leperkan lak....gaul dlm cornflakes hancur....ssun dlm dulang pembakar

- bakar suhu 170 celcius selama 15min
satu adunan dapat -+100 biji

Wednesday, May 4, 2016

SNOW ALMOND

ASSALAMMUALAIKUM....

BISKUT SNOW ALMOND

Bahan A:

260gm mentega
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam

Bahan B

300gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung

Hiasan:

Coklat masakan
Breadcrumb putih

Cara:

1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb. Apabila dah kering boleh la disi dalam bekas kedap udara

Sunday, May 1, 2016

RENDANG PEDAS AYAM...

ASSALAMUALAIKUM...

RENDANG PEDAS AYAM like emoticon 


Ayam 1/2 ekor
Bawang merah 5 ulas
bawang putih 4 ulas 
serai 5 batang ) diricik
kunyit hidup 2 inci
halia 2 inci
lengkuas sedikit
cili kering sejemput
santan
garam
asam keping
kerisik 1 sudu besar

Ayam k ena potong kecil...lalu di goreng
bawang merah, putih, halia, lemgkuas, serai n cili kering k ena blend halus...
panaskan minyak dlm kuali...tumis bahan semua biar sampai naik bau...masukkan santan, kerisik, garam n asam keping...biar kuah kering dan pekat...last sekali k ena masukkan ayam yg dah digoreng tadi...lalu k ena carik2kan daun kunyit...dah siap..

NEE KUAH DAGING...

ASSALAMUALAIKUM...

MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
2 peket mee kuning - secukupnya
1 kilo daging
2.5 liter air rebusan daging
sos tomato secukupnya
sos cili secukupnya
1 cawan kuah kacang
3 biji kiub stock ikan bilis
4 biji telur - utk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :

8 biji telur rebus - dipotong 2
hirisan cili merah secukupnya
hirisan daun bawang secukupnya
Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
Bawang goreng secukupnya
BAHAN DIKISAR HALUS :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :
1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .

2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup

Friday, April 29, 2016

RENDANG TOK...

ASSALAMUALAIKUM...

Rendang Tok


Bahan A
1 kg daging ~ dihiris
2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (ambil isi hiris nipis ~ jika suka)
3 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit ~ hiris halus
Daun limau purut
Garam secukup rasa
minyak masak secukupnya

Bahan B (dikisar halus)
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
10 ulas bawang merah
3 kuntum bunga lawang ~ pecah2kan dulu dengan lesung batu
5 kuntum cengkih
25 tangkai cili kering ~ rebus kejap
5 biji cili api (jika suka)
3 inci halia
5 batang serai
1 1/2 inci lengkuas

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan masakkan sehingga daging lembut. Jika daging jenis keras tambahkan 3 cawan air dan masak hingga daging lembut.
3. Masukkan santan pekat, garam, gula merah, kerisik, daun limau purut, daun kunyit dan asam gelugur.
4. Masak sehingga pekat dan naik minyak. Kacau sekali sekala.
5 Tutup api & hidangkan.

Thursday, April 28, 2016

SOTONG MASAK LEMAK PADANG

ASSALAMUALAIKUM....

SOTONG MASAK LEMAK PADANG


1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong
3 biji bawang besar ~ belah 4
2 biji tomato ~ belah 4
2 batang serai ~ di titik
3 biji ubi kentang ~ belah 4
3 camca minyak untuk menumis
500 ml santan
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah

Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
Kacau biar sebati
Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak

Wednesday, April 27, 2016

NASI GORENG CINA...

ASSALAMUALAIKUM...

NASI GORENG CINA like emoticon

BAHAN-BAHAN

2 cawan nasi sejuk
2 biji telur
100 gram udang
1 pokok daun bawang (potong pendek)
100 gram kubis (hiris halus)
100 gram kacang panjang (potong pendek)
100 gram lobak merah (potong kecil)
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
garam secukup rasa
2 sudu minyak masak

CARA PENYEDIAAN

1. Tumis bahan yg ditumbuk hingga wangi
2. Masukkan telur dan biar sebentar separuh masak
3. Kacau telur hingga hancur sedikit
4. Masukkan kubis, kacang panjang, lobak merah, cili merah dan udang. Kacau hingga rata
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau sekali lagi hingga rata. Tabur daun bawang. Tutup api. SIAP!!

Tuesday, April 26, 2016

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS.

ASSALAMUALAIKUM...

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS


.
BAHAN-BAHAN :
1 cawan ikan bilis- digoreng garing dahulu
4-6 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang merah (di tumbuk kasar )
3 biji cili merah + 10-12 biji cili padi(di tumbuk atau dikisar kasar)
sejemput ikan bilis utk di tumbuk/kisar sekali bersama bawang & cili
2 batang serai (dititik)
Garam
Gula

CARA-CARA :
Masukkan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk/kisar serta serai.
Kemudian masukkan tempoyak , garam dan gula dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Hidangkan , dan makan dengan nasi panas-panas.

Monday, April 25, 2016

KUIH KASWI PANDAN...

ASSALAMUALAIKUM.........

Kuih Kaswi Pandan Sedap



Bahan bahan:

2/3 cawan gula pasir
2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur - guna 1/2 sudu kecil
Sedikit pewarna hijau

Cara cara:

Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan.

Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata.

Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Saya kukus selama 25 minit.

Hidang dengan parutan kelapa parut muda putih digaul dengan sedikit garam.

UDANG BAKAR BERKEJU...

ASSALAMUALAIKUM....

RESEPI UDANG BAKAR BERKEJU


Bahan-bahannya :

● 600 gram udang harimau
● 280 gram keju
● 100 gram mentega
● 50 gram bawang putih
● (dicincang halus)
● 10 gram garam
● 10 gram serbuk perasa
● 20 gram gula
● 50 gram susu cair

Cara-caranya :

1. Belah dua udang harimau. Perapkan dengan bawang putih, garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan kira-kira 15 minit.

2. Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang. Diikuti dengan susu cair.

3. Susun udang atas dulang yang disapu mentega. Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 minit.

Sunday, April 24, 2016

KEK BATIK EMPIRE heart emoticon

ASSALAMUALAIKUM....

KEK BATIK EMPIRE heart emoticon 


Bahan-bahan :

200 gm mentega
1/4 cawan gula halus
4 biji telur gred B
1/4 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlick
150 gm biskut marie - dipatah 4
1 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar coklat emulco
pewarna hijau

Cara Menyediakan :

1.Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.

2.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang.
Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.

3.Kemudian,masukkan pula tepung gandum, horlick dan gaul hingga rata.

4.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan <(serbuk koko+coklat emulco) + 1/2 biskut marie>yg telah dipatahkan dan satu bahagian lagi masukkan <pewarna hijau + 1/2 biskut marie>.

5.Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek.

6.Masukkan adunan berwarna hijau,ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang2 dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.

7.Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana hingga separuh masak.

8.Kemudian,keluarkan adunan tersebut dan tuangkan adunan berwarna coklat tadi,ratakan dan goyang2,hentakkan sehingga mampat.

9.Masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus lagi sehingga 1 jam atau sehingga masak.

10.Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.

Friday, April 22, 2016

PUDING LAPIS COKLAT DAN SUSU...

ASSALAMUALAIKUM....

PUDING LAPIS COKELAT DAN SUSU


Bahan-
bahan

20gm agar2 tali@ 20gm serbuk agar2...
1800ml air
11 sdb gula pasir(sy guna sudu soup)ikut selera memasing....klau nk manis lebihkan...klau xsuka manis2 kurangkan....
1tin susu cair
3sdb serbuk koko
2sdb tpg kastad
1/2 sdt garam
air panas utk bancuh serbuk koko jd pes..
choc rice utk hiasan
Cara-cara

masukkan 1800ml air n agar2 dlm periuk...masak hingga agar2 larut....

bila dh larut..masukkan gula pasir.....biar mendidih hingga gula larut....sementara tu bancuh tpg kastad ngan susu cair......terus tuang dlm periuk....kacau2 n tmbh garam

biarkan mendidih..pastikan api kecil....sementara tu bancuh serbuk koko dgn air panas hingga jd pes.....(bancuh dlm jag sng)

masukkan separuh adunan puding kedlm jag yg berisi pes koko td.....kacau2 rata n terus tuang dlm loyang....(sy msukkan loyang dlm freezer dlu..hehe..biar puding cpt sejuk)

bila puding coklat td dh suam2...bleh masukkan dlm peti ais dlu biar cpt mgeras.....

bila puding coklat dh keras...kuarkan dr peti ais dh carikkan atas puding mgunakan sudu garpu....supaya puding susu td melekat ngan puding coklat....

terus tuang adunan puding susu td keatas puding coklat....taburkan choc rice....biarkan sejuk n masukkan dlm peti ais....

bila dh sejuk...bole dipotong ikut citarasa anda....sy potong guna cutter bentuk love...

Thursday, April 21, 2016

BEPANG KACANG...

ASSALAMUALAIKUM...

Resepi dari Ina Azrina

Bepang kacang

600gm kcg tanah(disangai)
600gm gula pasir
100gm bijan(disangai)
2 sudu besar margerin/butter
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masak gula dlm kuali hingga gula hancur dn cair.mskkn margerin.dh larut,mskkn kcg dn bijan gaul rata.tutup api dn cepat2kn msk dlm dulang yg dialas dgn plastik.canaikn nipis2,smtara pns potong adunan kcl2 ikut saiz yg kt suka.siap smpn dlm bekas kedap udara.