Wednesday, March 22, 2017

AGAR AGAR SANTAN GULA MELAKA...

ASSALAMUALAIKUM...

No automatic alt text available.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
.
Bahan-bahan :
10g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan serbuk
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan
.
Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan
kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Saturday, March 18, 2017

TAUHU SUMBAT UDANG..

ASSALAMUALAIKUM...

Image may contain: food


TAUHU SUMBAT UDANG
3 biji tauhu putih ( digoreng seketika)
16 ekor isi udang ( buang kulit terlebih dahulu )
1 ulas bawang putih 
1 tangkai daun bawang
Sedikit lada putih
Garam dan gula
1 sudu kecil tepung jagung
1biji telur ( dipukul sehingga rata)
CARA- CARANYA
1. Belah tauhu dua bahagian menjadi 3 segi.
2. Buang sedikit isi tauhu dibahagian tengah untuk memudahkan isi udang dimasukan ke dalam tauhu.
2. Tumbuk isi udang, bawang putih dan lada putih.
3. Kemudian Isi udang yang dah ditumbuk lumat tadi digaulkan dengan garam dan sedikit gula. Masukan 1 sudu tepung jagung, gaul sehingga rata dan sebatikan adunan tadi dengan daun bawang.
4. Sumbat isi udang ke dalam tauhu kemudian celup di dalam telur yang telah dipukul rata tadi dan goreng di atas api yang sederhana.
Masak sehingga kekuning- kuningan. Selamat mencuba 😁
Info: Isi udang tadi boleh dicampur dengan pelbagai sayur, contohnya hirisan cili api, lobak merah, daun sup dan sebagainya mengikut citarasa masing. Tauhu sumbat udang sangat sesuai jika dihidang bersama sos cili. Dikesempatan ini juga admin ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Terima kasih di atas sokongan anda semua 😊
By admin zaz

Sunday, March 12, 2017

AYAM PERAP BBQ...

ASSALAMUALAIKUM....

Image may contain: food

Ayam Perap BBQ
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/margerin or minyak
1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
garam secukup rasa
Cara Cara Dia :-
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.
Tambahan:
Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.
Pada hari yg nak masak nnt, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu

KEK MARBLE...

ASSALAMUALAIKUM..

Masukkan dalam mangkuk 5 biji telur gred A, 180gram gula caster, 220gram tepung gandum, 2 sudu makan ovalette, 50ml susu segar(saya pakai full cream) dan 1 sudu teh esen vanila..guna mixer,putar semua sekali ni sampai gebus....
Image may contain: food

Page Liked · December 13, 2016Edited 
 
Pastu masukkan 150gram butter yang dicairkan....kacau guna spatula je sampai sebati..kalo nak bahagi 2 bahagian...lagi 1 bahagian...letak 2 sudu besar serbuk koko dan coklat emulco...
Image may contain: food

Bakar pada suhu 160-170 selama 45 minit...atau hingga masak.cucuk...kalo da masak lidinya bersih....hehhee...kalo xmasak lagi..tambah masa bukan suhu ye....ikut oven masing2..jangan lupa panaskan oven sebelum tu eh...(api atas bawah)

Image may contain: food

Image may contain: dessert and food

SIAP.

MAKARONI GORENG...

ASSALAMUALAIKUM...

Image may contain: food

Resepi macaroni goreng #salwacuisine
1 paket macaroni 400gram (rebus 8-10minit+garam..toskan)
Bawang putih 7 ulas(potong dadu)
Bawang bombay 1 ulas(dipotong dadu)
Cendawan 5 keping (potong dadu)
Cendawan butang (dihiris)
Black fungus(1 genggam kecik-jika suka
100gram daging@ayam dihiris(daging rebus dulu)
3 batang sosej(dihiris serong)
1/2 tin sos cendawan prego(cheese&herb)
Daun sup(diricik halus jika suka)
Cili padi merah 3 ulas(jika suka pedas)
Cheddar cheese 1/4 blok (jenama beqa diparut)
25gram unsalted butter(anchor)
Minyak zaitun(extra virgin olive oil)
Sedikit oregano
Cara2 nya
Tumis bawang putih+bawang bombay gunakan minyak zaitun...masukan daging@ayam,sosej bersama sume cendawan tadi...tumis seketika...masukkan sos prego... unsalted butter dan cheddar cheese yg diparut td...
Masukkan macaroni..perasakan garam,oregano ngan lada hitam