Saturday, March 18, 2017

TAUHU SUMBAT UDANG..

ASSALAMUALAIKUM...

Image may contain: food


TAUHU SUMBAT UDANG
3 biji tauhu putih ( digoreng seketika)
16 ekor isi udang ( buang kulit terlebih dahulu )
1 ulas bawang putih 
1 tangkai daun bawang
Sedikit lada putih
Garam dan gula
1 sudu kecil tepung jagung
1biji telur ( dipukul sehingga rata)
CARA- CARANYA
1. Belah tauhu dua bahagian menjadi 3 segi.
2. Buang sedikit isi tauhu dibahagian tengah untuk memudahkan isi udang dimasukan ke dalam tauhu.
2. Tumbuk isi udang, bawang putih dan lada putih.
3. Kemudian Isi udang yang dah ditumbuk lumat tadi digaulkan dengan garam dan sedikit gula. Masukan 1 sudu tepung jagung, gaul sehingga rata dan sebatikan adunan tadi dengan daun bawang.
4. Sumbat isi udang ke dalam tauhu kemudian celup di dalam telur yang telah dipukul rata tadi dan goreng di atas api yang sederhana.
Masak sehingga kekuning- kuningan. Selamat mencuba 😁
Info: Isi udang tadi boleh dicampur dengan pelbagai sayur, contohnya hirisan cili api, lobak merah, daun sup dan sebagainya mengikut citarasa masing. Tauhu sumbat udang sangat sesuai jika dihidang bersama sos cili. Dikesempatan ini juga admin ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Terima kasih di atas sokongan anda semua 😊
By admin zaz

No comments:

Post a Comment