Sunday, April 16, 2017

MASAK TELUR CARA MUDAH...

ASSALLAMUALAIKUM...
Image may contain: food


[ Resipi / Makanan ] 4 Resipi Mudah Masakan Telur Hanya Guna Microwave
Telur Hancur ( Scrambled Eggs )
1. 2 biji telur
2. Susu segar ( setengah cawan )
3. Keju ( jika mahu )
4. Garam, lada sulah jika perlu
Cara- cara
Masukkan 2 biji telur dan susu segar di dalam cawan dan pukul rata. Kemudian masukkan ke dalam microwave oven selama 45 saat hingga 1 minit pada mode HIGH ( TINGGI ). Hidangkan!
Poached Eggs ( Telur mata rebus )
1. 1 biji telur
2. 1/2 cawan air
3. Satu sudu cuka ( jika mahu )
Cara-cara
1. Masukkan air kedalam cawan yang berisi telur. Tambahkan cuka jika mahu
2. Tutup cawan tadi dengan piring Microwave-safe dan masukkan ke dalam microwave selama 1 minit. Jika telur kurang masak, tambahkan lagi masa kepada 20-30 saat. Hidangkan.
Egg Quiche
1. 1 biji telur
2. 2 sudu susu segar
3. Garam, lada sulah
4. Roti bagel/ french bread/ roti keras
5. 2-3 sudu cream cheese
6. Hirisan daging ayam/lembu ( chicken ham )
7. Mustard ( jika mahu )
Cara-cara
1. Pukul telur bersama susu di dalam cawan dan tambah garam/lada sulah. Carikkan roti menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam bancuhan tadi bersama cream cheese dan gaul. Tambahkan hirisan daging ayam ( chicken ham ) dan tambahkan daun sup jika mahu.
2. Masukkan ke dalam microwave selama 1 minit ataupun tambah masa jika anda suka. Hidangkan
Omelette
1. 4 biji telur
2. 1/4 cawan susu
3. Garam, lada sulah
4. Bahan yang ingin dimasukkan ke dalam omelette seperti bawang, kentang, mushroom, cili, cheese ( semua dihiris nipis )
Cara-cara
1. Campurkan telur, susu, keju, garam dan lada dalam mangkuk. Tambah bawang, kentang, tomato, lada dan cendawan.
2. Tuangkan campuran ke dalam bekas pai ataupun piring (nota: mestilah bukan logam) dan tutup dengan pinggan atau piring microwave safe.
3. Masukkan ke dalam mikrowave HIGH selama 90 saat, kemudian kacau dan tutup. Masak lagi selama 90 saat dan tutup. Kemudian buka penutup dan masak lagi selama 1 minit.

1 comment: