Monday, April 18, 2016

CHEESEKUT

ASSALAMUALAIKUM..

.Cheesekut Oreo Yang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Cheesekut Oreo

  • Cream cheese Philadelphia
  • 3/4 dari 1 tin susu pekat manis
  • 1 kotak susu Dutch Lady full cream
  • Biskut Oreo coklat
  • Biskut cracker 4 segi

Cara-cara Penyediaan Cheesekut Oreo

Campurkan cream cheese,3/4 susu pekat manis (kalau tak nak manis sangat guna 1/2 tin pun dah ok) dan 3 sudu besar Dutch Lady full cream ke dalam satu bekas. Pukul guna mixer ataupun boleh diblander sehingga sebati dan berkrim. Panaskan baki susu Dutch Lady tadi, tak perlu mendidih, suam-suam sahaja.

Sediakan bekas dan celupkan sekeping biskut dalam susu...bukan rendam ye celupkan sahaja. Kemudian susun dalam bekas, tuang adunan cheese, rata-ratakan dan taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan (dibuang cream di dalamnya dan diblander). Sebenarnya biskut oreo ini boleh jugak ditukar dengan milo. ikut kesesuaian masing-masing. Ulang sehingga cheese dan biskut oreo habis dan bekas penuh . Okey dah siap...Akhir sekali masukkan ke dalam peti ais. Lebih afdal kalau semalaman kerana mudah untuk di potong..

Resepi http://www.efaothman.com/

No comments:

Post a Comment