Thursday, June 1, 2017

CHEESE MUFFIN

ASSALAMUALAIKUM....

Follow · May 21Edited 
 
Resepi Cheese Muffin

Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
Bahan Basah :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak
1/2 cawan cheddar cheese - diparut

Cara-cara :
Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.
Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak. Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.Tak perlu hingga kembang.
Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata.
Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.
Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.

NOTA : Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja. Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 - 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven. Insya'Allah si muffin akan menjulang dengan cantiknya.

Image may contain: food

10 comments:

  1. bahan-bahan ni ada dekat rumah. tapi tukarkan cheddar ke parmesan cheese boleh tak ye?

    ReplyDelete
  2. Teringin sangat nak buat, tapi tak sempat ^-^

    ReplyDelete
  3. nati ada masa cubalh buat tq zumal

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau saya rajin membakar... Kikiki...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/19/ovarian-cyst-ketika-mengandung/

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk.. teringin nak buat juga. mohon share ya resepi ni

    Jemput baca simptom & jenis-jenis cyst semasa hamil yang berisiko dihadapi oleh semua ibu hamil

    ReplyDelete
  6. Resipi cheese muffin macam mudah sangat.Boleh cuba buat nanti.

    ReplyDelete
  7. Tq resepinya! Kat rumah memang tengah ada cheddar cheese ni. Nanti boleh cari susu cair kot :)

    ReplyDelete
  8. Mohegan Sun Pocono: Now Open | Casino Resort in Wilkes
    Welcome to Mohegan Sun 경주 출장안마 Pocono! Our 1,600,000-square-foot casino resort features 1635 원주 출장마사지 gaming machines, over 부천 출장마사지 2,100 deluxe-style table 광양 출장마사지 games, 남양주 출장안마

    ReplyDelete