Friday, February 26, 2016

DONUT BALL...

ASSALAMUALAIKUM....

DONUT BALL

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1/2 pack mauripan
1 sudu makan susu pekat
2 sudu makan marjerin
Sedikit air
Gula halus - untuk menyadur
Minyak - untuk menggoreng
Sedikit garam
Lidi
Cara:
1. Satukan tepung, susu, marjerin dan muripan tadi
2. Uli dengan air, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi cantik dan lembut. Sekiranya doh tak menjadi tambah marjerin sedikit dan uli lagi sehingga nampak cantik.
3. Bulat-bulatkan doh menjadi ball anggaran 10gm dan letak diatas dulang yang telah disapukan dengan minyak supaya tidak melekat sementara menunggu doh naik.
4. Biarkan doh dalam 10 minit atau nampak kembang dan goreng.
6. Gaulkan donut yang telah digoreng dengan gula.
7. Cucuk dengan lidi, dah siap untuk dimakan, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment