Saturday, September 24, 2016

PENGAT LABU DAN KELEDEK...

ASSALAMUALAIKUM....

PENGAT LABU DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN :
Ubi keledek
Labu secukupnya
Gula kabong secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Sedikit sago biji
Secubit garam
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK :
Bersih ubi keledek serta labu dan potong menjadi ketulan kecil kemudian simpulkan daun pandan.
Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , secubit garam , keledek serta labu . Bila kuah dah mendidih masukkan biji sago dan sekali sekala kacau kuah supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi .
Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau bubur dan bila ubi/labu dah empuk serta masak boleh la ditutup api dapur .
Sumber:resepisedap-nennie.blogspot.my

AYAM GORENG KOREA

ASSALAMUALAIKUM...

Ayam Goreng Korea / Korean Fried Chicken
Bahan-bahan
8 ketul paha ayam atau bahagian lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bicarbonate
1 biji telur
Minyak untuk mengoreng
Cara Penyediaan :
1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk lada hitam hingga rata. Ketepikan.
2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan soda bikabonat. Ketepikan.
3. Telur di pukul. Ketepikan.
4. Salutkan ayam satu persatu ke dalam campuran tepung dan celup ke dalam adunan telur hingga habis.
5. Salut ayam sekali lagi ke dalam campuran tepung hingga bersalut rata. Kemudian goreng hingga keperangan. Tos dan ketepikan.
Sos
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar madu
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Bijan secukupnya - di sangai
Cara-cara :
Tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar hingga garing. Masukkan sos tomato, sos cili, madu, gula dan garam, gaul rata.
Masukkan ayam yang di goreng tadi dan gaul bersama sos hingga bersalut rata.
Masukkan ke dalam pingan dan tabur dengan bijan.
Sumber: resipicitarasawan.blogspot.my

Saturday, August 13, 2016

KETUPAT SOTONG

ASSALAMUALAIKUM...

KETUPAT SOTONG SIMPLE..

8 Ekor sotong sederhana besar
4 @ 5 helai daun pandan
secawan beras pulut
3 cawan santan
2 keping gula melaka(masak dgn sedikit air)
sedikit halba
sedikit halia
sedikit garam
cara membuatnya
1. rendamkan berasa pulut dengan secawan santan dulu selama 1/2 jam atau lebih
2. kemudian basuh sotong bersih-bersih dan toskan.
3. lepas tu, isikan beras pulut dlm sotong, isi separuh sahaja dan cucuk dengan lidi agar kepala sotong tidak terkeluar.
4. susun cantik2 dlm periuk, masukkan daun pandan yang dicarik2 tadi, halba, halia, garam dan 2 cawan santan dulu. Didihkan dalam 10 hingga 15 minit, kemudian masukkan gula melaka yang di cairkan td dan secawan lg santan. Didihkan sehingga sedikit kering dan angkat.
5. Ketupat sotong sudah masak.. siap utk di makan


Thursday, May 26, 2016

IKAN SEMILANG BERLADA...

ASSALAMUALAIKUM...

RESEPI IKAN SEMBILANG BERLADA
Bahan-bahannya :
● 3 ~ 4 ekor ikan sembilang
● 10 biji cili merah - dikisar
● 2 batang serai - dititik
● 1 ulas bawang besar - dimayang kasar
● 2 ulas bawang putih - ditumbuk
● 1 inci halia - ditumbuk
● air limau kasturi
● sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya :
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.

Friday, May 20, 2016

PUDING KACANG MERAH...

ASSALAMUALAIKUM...



PUDING KACANG MERAH
.
BAHAN-BAHAN:
1 cwn Kacang Merah
1 packet / 13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
240g Gula
1 tin Susu Cair/Santan
1 sb Tpg Jagung
1 heai Daun Pandan
Sediki Pewarna Merah Jambu
secubit garam

CARA PENYEDIAAN:
Rebus kacang sehingga empuk.
Ambil 1/2 cwn & ratakan ke dlm acuan.
Blend baki kacang dgn susu, tpg jagung & pewarna sehingga sebati.
Letakkan serbuk agar-agar, air, gula & daun pandan ke dlm periuk & masak sehingga hancur.
Sendukkan +/- 1/2 cwn & tuangkan ke atas kcg merah dlm acuan tadi.
Masukkan campuran kcg merah yg di mesin tadi ke dlm agar2 & masak sehingga mendidih.
Biarkan lapisan kcg merah tadi mengeras sedikit sebelum di tuangkan masakan agar2.
Biar agar2 sejuk di suhu bilik sebelum di masukkan ke dlm peti sejuk.
Hidangkan sejuk... Selamat Mencuba
.

AGAR-AGAR BUAH MANGGA

ASSALAMUALAIKUM..



AGAR-AGAR BUAH MANGGA

Bahan-Bahannya:
10 gm serbuk agar-agar
5 biji buah mangga - dihiris nipis
1 cawan susu cair
500 ml air
200 gm gula

Cara Membuatnya:
1- Kisar mangga hingga hancur,masukkan gula,serbuk agar2 dan air kedalam periuk.
2- Masak hingga gula hancur,masukkan mangga dan susu cair,kacau sebati diatas api perlahan.
3- Apabila masak dan pekat,sepera masukkan kedalam bekas acuan.
4- Sejukkan didalam peti ais sebelum dihidangkan.

AISKRIM OREO HOMEMADE

ASSALAMUALAIKUM..


Ais Krim Oreo Homemede....Qaseh Honey(kongsi resepi sedap)

3 cwn susu segar / susu cair ( sy guna susu full cream )
1 tin susu pekat manis ( sy guna 3/4 tin jer )
2 sudu besar ovelet
2 sudu besar esen vanila
1 paket biskut oreo

Blend semua sekali sampai gebu dalam 10 minit
hancurkan biskut...masuk kan dalam adunan dan taburkan kt atas bikut tu sedikit
Letak dalam pti ais sampai beku..
dah siappp...
senang jer