Showing posts with label MASAKAN SOTONG. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN SOTONG. Show all posts

Saturday, August 13, 2016

KETUPAT SOTONG

ASSALAMUALAIKUM...

KETUPAT SOTONG SIMPLE..

8 Ekor sotong sederhana besar
4 @ 5 helai daun pandan
secawan beras pulut
3 cawan santan
2 keping gula melaka(masak dgn sedikit air)
sedikit halba
sedikit halia
sedikit garam
cara membuatnya
1. rendamkan berasa pulut dengan secawan santan dulu selama 1/2 jam atau lebih
2. kemudian basuh sotong bersih-bersih dan toskan.
3. lepas tu, isikan beras pulut dlm sotong, isi separuh sahaja dan cucuk dengan lidi agar kepala sotong tidak terkeluar.
4. susun cantik2 dlm periuk, masukkan daun pandan yang dicarik2 tadi, halba, halia, garam dan 2 cawan santan dulu. Didihkan dalam 10 hingga 15 minit, kemudian masukkan gula melaka yang di cairkan td dan secawan lg santan. Didihkan sehingga sedikit kering dan angkat.
5. Ketupat sotong sudah masak.. siap utk di makan


Thursday, April 28, 2016

SOTONG MASAK LEMAK PADANG

ASSALAMUALAIKUM....

SOTONG MASAK LEMAK PADANG


1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong
3 biji bawang besar ~ belah 4
2 biji tomato ~ belah 4
2 batang serai ~ di titik
3 biji ubi kentang ~ belah 4
3 camca minyak untuk menumis
500 ml santan
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah

Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
Kacau biar sebati
Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak

Wednesday, April 6, 2016

SOTONG MASAK KICAP CILI KERING.

ASSALAMUALAIKUM..· 
Sotong Masak Kicap Dan Cili Kering
Bahan-Bahan
1/2 kilo sotong (bersihkan dan potong kecil-kecil)
10 tangkai cili kering dipotong mengikut kesukaan
5 ulas bawang putih dikisar
1 labu bawang besar dibelah empat dan dipotong dua
5 sudu makan kicap hitam (NA guna kicap mee keluaran Tamin)
1/2 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Sotong digoreng tanpa minyak sekadar untuk mengeluarkan airnya dan toskan
2. Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing dan ketepikan
3. Menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih hingga naik baunya
4. Masukkan air asam jawa , kicap, garam , gula dan bawang besar
5. Masak sehingga hampir kering masukkan sotong
6. Balik-balikkan sebentar dan akhir sekali masukkan cili kering yang digoreng
7. Sebatikan dan angkat