Thursday, January 12, 2017

KEK PUDING SANTAN GULA MELAKA

ASSALAMUALAIKUM...

Image may contain: foodImage may contain: plant and outdoor
RESEPI KEK PUDING SANTAN GULA MELAKA
RESEPI KEK (LANGKAH PERTAMA)
Bahan-bahan:
3 biji telur sejuk
60g gula kaster / pasir halus
1 sudu makan rata Ovalette
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu makan air
70g tepung gandum
3 sudu makan minyak jagung / masak / butter cair
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan KECUALI minyak. putar sehingga gebu, Kental dan berwarna putih.
- Masukkan minyak. gaul rata sehingga sebati.
- Alas loyang 10" x 10" dengan kertas minyak dan sapu permukaan dengan butter/majerin.
- Tuang adunan dan ratakan. bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 15 minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak angkat dan sejukkan sekejap.
RESEPI PUDING (LANGKAH KEDUA)
Bahan-bahan:
50g tepung kastard
2 sudu makan serbuk agar2
100g gula
150ml susu cair
500ml air
1 biji kuning telur
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua adunan. masak dengan api perlahan sehingga adunan kental.
- Bila adunan kelihatan meletup.. tutup api. dan tuang perlahan-lahan di atas kek yang telah di bakar tadi.
- Sejukkan. tunggu adunan puding mengeras. (saya simpan dlm peti ais)
RESEPI AGAR2 SANTAN
Bahan-bahan:
5g serbuk agar-agar (balance dari buat puding tadi. habiskan je)
2 cawan air
100g gula melaka
2 sudu makan gula pasir
120ml santan
1 biji telur
sedikit garam
Cara membuantnya:
- Masak gula melaka dgn 2 cwn air sehingga larut. kemudian tapis.
- sediakan periuk, satukan air gula melaka tadi, agar2, dan gula pasir. masak atas dapur sehingga menggelegak. perlahankan api.
- Satukan santan dan telur. kacau sebati. kemudian tuang kedalam adunan agar2 tadi sambil adunan terus di kacau.
- masak sekejap sehingga menggelegak. adunan akan kelihatan berbintil. tutup api.
- sebelum tuang di atas adunan kastad.. lorek2kan adunan kastad menggunakan garfu / pisau terlebih dahulu.
- Tuang adunan agar2 di atas kastad. sejukkan.
- bila agar2 dah mengeras.. keluarkan dari loyang,cara nak keluarkan.. basahkan bahagian tepi (dlm loyang) dengan air. telangkupkan atas board. bukak kertas minyak.
- dah boleh potong. selamat mencuba
credit : Nina Mahdar

13 comments:

  1. Wa.. Sedapnye sis Faridah.. Yumm yumm yumm

    ReplyDelete
  2. wahhh nice..tq sudi sharing..lapar dibuatnya.

    ReplyDelete
  3. Saya setakat baca je. Lepas tu bayangkan cara buatnya sambil baca. Nak buat memang tak tau. Peralatan atsu bekas nak buat pun tak ada.

    Lain kali kirimlah kat saya kuih yg dah siap buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH ADAM SETAKAT AMBIL TAHU BACA PUN OK INSYAALLAH

      Delete
  4. Saya setakat baca je. Lepas tu bayangkan cara buatnya sambil baca. Nak buat memang tak tau. Peralatan atsu bekas nak buat pun tak ada.

    Lain kali kirimlah kat saya kuih yg dah siap buat.

    ReplyDelete
  5. kenapa tak letak widget follow.. best blog nie...

    ReplyDelete