Friday, August 11, 2017

KUIH BINGKA...

ASSALAMUALAIKUM...

Ni resepinya kueh bingka yg hakak buat pagi tadi...
Dua cawan tepung gandum....
3 cawan santan.....
1 cawan air daun pandan...
1 cawan gula...
2 sudu besar majerin....
Secubit garam....
Dua biji telur....
Blend semua bahan2 ni...kemudian bakar atas api kecil selama 45 minit....selamat mencuba....
Ni resepinya kueh bingka yg hakak buat pagi tadi...
credit : Puan Radiah‎ #mahn

No automatic alt text available.

Thursday, June 1, 2017

CHEESE MUFFIN

ASSALAMUALAIKUM....

Follow · May 21Edited 
 
Resepi Cheese Muffin

Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
Bahan Basah :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak
1/2 cawan cheddar cheese - diparut

Cara-cara :
Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.
Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak. Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.Tak perlu hingga kembang.
Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata.
Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.
Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.

NOTA : Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja. Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 - 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven. Insya'Allah si muffin akan menjulang dengan cantiknya.

Image may contain: food

DESERT BUAHAN

ASSALAMUALAIKUM...

Image may contain: fruit, dessert and food

DESERT BUAH-BUAHAN

BAHAN BAHAN

250 gm whipping anchor UHT
50 gm non dairy whipping cream ~ pilihan
1/4 cawan susu pekat
1 bekas kecil yogurt ~ plain @ ape2 perisa
2 tbsp susu cair
1 tbsp gelatin ~ dibancuh dengan air panas secukupnye hingga gelatin hancur dan halus
Biskut chipsmore secukupnye ~ lebih kurang 12 keping ~ di ramas kasar
Biskut oreo hitam secukupnye ~ lebih kurang 12 keping ~ di ramas kasar
almonds nibs secukupnye ~ di panggang
Filling oren @ ape2 filling yang di sukai ~ filling oren antara filiing yang kurang manis tauuu
Buah buah segar seperti kiwi, mangga, strawberry ( DI POTONG KECIL ) @ buah dalam tin

CARA CARA:

Putar susu dan yogurt sebentar
Masukkan susu cair, whipping dan putar sehingga adunan menjadi kental dan berkrim ( lebih kurang 2 minit gitu )

Masukkan gelatin dan kacau perlahan sahaja.

Masukkan adunan dalam plastik piping untuk proses melapis desert buah buahan .

CARA MELAPIS ( boleh gunakan ape apa bekas yang di sukai ye )
LETAK ADUNAN YOGURT CAPURAN
LETAK BISKUT HANCUR
LETAK ALMOND NIBS
LETAK ADUNAN YOGURT CAMPURAN
LETAK FILLING
LETAK BUAH BUAHAN
ULANG MELAPIS JIKE MENGGUNKAN BEKAS YANG TINGGI.

* sejukkan dalam petisejuk untuk menikmati rasa desert buah buahan yang lebih sedap.

KEK PISANG DENGAN KRIM CHEESE,,,

ASSALAMUALAIKUM...

KEK PISANG DENGAN KRIM CHEESE

Image may contain: food
Resepi Kek Pisang dengan Cream Cheese

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan pisang di haluskan
2 teaspoons lemon juice
3 cawan tepung gandum
1 1/2 teaspoons baking soda
1/4 teaspoon garam
3/4 cawan butter di lembutkan suhu bilik
1 1/4 cawan gula castor
3 telur gred A
2 teaspoons vanilla
1 1/2 cups buttermilk ( 1 1/2 cup milk + 1 1/2 tablespoon cuka/lemon juice)

Frosting

1/2 cawan butter di lembutkan.
250 gram cream chesse
1 teaspoon vanilla
2 cawan gula icing
Walnut di cincang. – untuk hiasan

Cara:

Acuan 9×9
Lenyekkan pisang. ketepikan
Campurkan tepung gandum, baking soda, garam dan ayak.
Pukul butter dengan gula sehingga sebati dan gebu.
Masukkan telur sebiji2 sehingga adunan sebati.
Letakkan vanila.
Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk.
Akhir sekali masukkan pisang dan gaul rata.
Bakar sehingga masak.
Apabila sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan
sekurang2nya 1 jam sebelum di sapu krim.

Cara buat krim:

Lembutkan cream chesse dan butter.
Pukul sehingga sebati.
Masukkan gula dan esen vanila. Mesin sehingga nampak lembut dan gebu

Saturday, May 6, 2017

KARI HIJAU THAI...

ASSALAMUALAIKUM...

Image may contain: food
Bahan-bahan 
400g Ayam
1 cmb Ketumbar
½ cmb Jintan Manis
4 helai Daun Limau Purut
1 btg Serai
½ bj Bawang Besar
1 ulas Bawang Putih
2 cm Halia
50g Daun Ketumbar
20 bj Cili Api Hijau
200 ml Pati Santan
750 ml Air
2 cmt Garam
1 cmb Gula
2 cmb Minyak Masak
Sayur-sayuran seperti Kacang Panjang, Terung, Carrot atau Ubi Kentang dan sebagainya.

Cara membuatnya
1.Pertama sekali, buat Pes Kari Hijau dengan mengisar ketumbar, jintan manis, bawang besar, bawang putih, halia, cili api dan daun ketumbar. Ayam perlu dibersihkan dan potong mengikut saiz yang digemari.
2.Panaskan minyak masak dan tumiskan serai dan daun limau purut yang diketuk serta Pes Kari Hijau sehingga wangi.
3.Masukkan air dan santan. Masukkan juga ayam dan sayur-sayuran yang lambat empuk. Kacau sentiasa sehingga mendidih dan sayur empuk.
4.Perasakan dengan garam dan gula serta masukkn sayuran yang mudah empuk.
5.Apabila mendidih dan sayurnya masak, hidangkan panas-panas bersama nasi.

Selamat Mencuba!



MEE REBUS CIK ANI

ASSALAMUALAIKUM...

Image may contain: food
Mee Rebus Cik Ani
Resepi : Bonda Chef Wan
Sumber : Mat Gebu & Yatie

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning
150 g taugeh, buang ekor
2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
2 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 pokok daun bawang, hiris
4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi, belah 2 (MaDiHaA guna limau nipis)
Bawang goreng secukupnya
Kuah mee rebus*
BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas, dititik
1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato, belah 4
2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah) (MaDiHaA tak guna)
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*tumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MEE REBUS :-
Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
PENYEDIAAN MEE REBUS :-
Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....

RENDANG DAGING BATANG PINANG...

ASSALAMUALAIKUM....

Image may contain: food

RENDANG DAGING BATANG PINANG

Bahan-Bahan

1) 1kg daging batang pinang
2) 3 inci halia
3) 1 inci lengkuas
4) 4 batang serai
5) 6 biji bawang merah
6) 4 ulas bawang putih
7) 1 paket kerisik
8) Gula Melaka
9) Garam
10) Daun kunyit
11) Cili mesin (siap hancur)

Cara Memasak

1) Hancurkan halia,lengkuas,serai, bawang putih dan bawang merah dan panaskan di dalam kuali. Tumis sehingga naik bau.
2) Masukkan cili mesin dan kacau sehingga cili masak.
3) Masukkan sedikit gula merah.kacau.
4) Masukkan kerisik dan kacau.
5) Bila agak-agak dah masak cili tu, masukkan daging tadi dan kacau.
6) Masukkan santan cair (pati santan + air) dan kacau.
7) Biar sampai mendidih. Bagi daging masak.
8) Masukkan pati santan. Kacau seketika. Pastu masukkan kerisik dan perasakan dengan gula dan garam.
9) Masukkan daun kunyit dan kacau sebati.